HBP TIMES


PROJECT 2

ok.. ni tugasan kedua yang aku dapat.. tugasan ni setiap pelajar wajib buat dua lukisan iaitu "MAN MADE & NATURAL STRUCTURE" .. part ni semua orang dah rasa satu beban lagi dah bertambah.. aku pon rasa benda yang sama ja.. first nak kena cari MAN MADE STRUCTURE.. aku pun round-round area USM terjump satu wakaf ni.. ha tunggu lagi.. ambik gambar terus..


dan ni hasilnya.......
dah tgk leave la komen er...


dalam lukisan ni sebenarnya aku cuba mainkan konsep light and shadow.. guna pensil kayu.. tapi x berapa nk elok lah.. biasalah kan.. first time buat kerja mcm ni.. sebelum ni aku bukan dari bidang seni pon..
apa pon aku bersyukur, aku puas hati dengan penat lelah aku sendiri siapkan benda ni..








PROJECT 3
OBJECT CREATION


ha... ok.. projek 3 dah... ermmm.. time ni dapat satu task untuk buat "sculpture" ..haaa.. memang dah serabut kepala dah lagi sekali.. kena guna barang2 terpakai pulak tu.. hmmm.. sebenarnya masa yang di beri 7 hari.. TETAPI dalam masa yang sama semua student kena pergi "PIMPIN SISWA" . satu hal lah lagi... nak kena rush siapkan benda ni.. aku ni dah la ambil masa lama untuk memikirkan satu-satu idea yg betul mantap.. lagi pon tak da pengalaman.. dengan masih tertanya-tertanya apa itu "SCULPTURE" ..
last-last tinggal dua hari sebelum pergi pimpin siswa aku dah start buat.. aku punya sikap aku tak suka remeh-remeh.. lembik-lembik.. bagi aku, setiap kerja aku akan ada prinsip "TAK" ..iaitu "touch and kick" .. maksudnya biar boleh di sentuh, di belek-belek dan jika di sepak pon tak akan musnah dengan sekali sepakan.. 


sebab banyak orang yang aku perhatikan kalau yang bukan mementingkan kekemasan dan ketelitian, hasil tangan mereka ni nak sentuh dengan satu jari pon rasa risau.. haaaa. tapi aku punya style bukan macam tu.. aku nak aku dan penonton PUAS HATI.. TETAPI, sayangnya, apa yang aku plan x dapat disiapkan sepenuhnya.. baru siap 40%.. esok tu kena pergi pimpin siswa.. (SELEPAS 3 HARI MENJALANI KEM PENYIKSAAN DI KEM PERIK) petang tu, aku sampai kat USM ..sampai2 je bilik, aku buka baju and kasut terus pergi mandi.. dah siap semua tu, aku baring kejap..igt lepas setengah jam  nak sambung buat sclupture aku tu.. MANA ADA DAH!!! sama-sama letak kepala ja, buka-buka mata dah masuk hari ISNIN! 

WHAT???? dah siang???? bila aku tidor?? haa.. dah mula gelabah.. bangun cepat-cepat ambil A3 paper tulis nama, buat boarder, tampal.. dengan sculpture yang tak siap tu.. tampal-tampal terus lari pergi mandi and bersiap pergi kuliah.. nama tak sempat tulis, logo tak buat, sclupture tak siap, discription tak da.... 

time tu aku just terbayang macam cerita dalam  tv.. dimana LECTURER BALING ASSAIGNMENT yang tak siap.. aku dah start cuak.. tapi alhamdulillah. semua selamat.. hehehehe



elok dah "SELECTED" person dah present, semua orang kena bawa item masing-masing pergi studio..present pula kat studio master.. hadoiii....
time ni aku cepat-cepat capai pen dan tulis nama...

DUP DAP.... DUP DAP.... DUPP DAPP.... DUPP.DAP.....
menunggu giliran aku sampai untuk present..dah la aku langsung tak fikir apa pasal discription..
 time ni la aku guna ilmu naruto,jurus pembahagi bayang jadi seperti banyak orang yang berfikir dan mengumpul isi.....kumpul..kumpul..kumpul..kumpul.kumpul...loadddddd........... tappp! 

nama aku terus dipanggil.. terus aku bangun dan huraikan... "ok sya punya sculpture....... bla bla bla bla"

semua soalan-soalan yang keluar dari mulut cik Diana (studio master) kami yang aku nampak seakan-akan naga yang sedang kelaparan mencari mangsa tu dapat aku jinakkan.. FUHHH! bersyukur sebab "naga" tu bukan naga berapi... tapi naga jinak (soalan x menghentam)...




PROJECT 4
COMFORTABLE CHAIR


yaa!! lagi.. lepas submit project 3 dapat pula yg keempat.! haAAA... rasakan! yeahhh!!
kali ni ,tajuk yang kami semua dapat adalah "OBJECT CONNECTION" .. ! APA TU?? haaaa.. mcm ni cerita dia.. assaignment kali ni nak kitorang fikir macam mana nak gabungkan kerusi dan meja ... tugasan kali ni dalam kumpulan.. fikir punya fikir.. kumpulan aku decide nak buat dengan buluh mula2 tu.. ha.. kami beli chopstick then raut, raut, raut,... tapi FAILED.. last2 xda pilihan buat lah dengan plywood.. 

hmmm,.. nak tau tak cabaran buat kerja berkumpulan?? kena banyak sabar la.. hati dan fikiran serta hasil kerja ahli kumpulan kan tak sama.. so disini lah gunanya akal.. kena bijak buat pertimbangan dan pembahagian tugas.. 

sejujurnya (bukan nak bangga) , aku kalau kerja-kerja berkaitan dengan kayu ni aku expert la juga.. bakat semula jadi aku agaknya.. di sekolah masa tingkatan 3 dulu pernah buat projek kayu.. aku punya hasil tangan adalah antara 5 yang terbaik! hehehe.. tapi tak apa.. aku BUKAN JENIS BAJET SOMBONG SENDIRI tak nak kongsi , ajar atau tolong orang lain.. aku OK. kadang-kadang orang tak minta tolong pon aku tolong.. pandai-pandai lah kan tengok orang dalam masalah atau tidak.. kadang-kadang manusia ni segan/malu/ego untuk minta tolong orang lain.. tapi tak apa.. tak salah kalau kita tawarkan pertolongan..
OK OK! berbalik cerita kerusi tadi, kumpulan aku 3 orang. dua perempuan ,aku sorang ja laki.. hmmmm.. lagi lah.. faham-faham lah kan.. mestilah kerja-kerja kayu ni laebih kepada lelaki.. so, tak apa.~! relax!.. aku ambil bhgian kayu dan mengecat.. (pernah ada pengalaman mengecat ) ..perempuan aku aturkan mereka kat bahagian tugas2 ringan.. tulis huraian, buat hiasan, .. perempuan kan PRO bahagian macam ni... so aku biarkan mereka buat..lagipun tulisan aku tak cantik dan lemah sikit aku nak hias-hias bagai.., buat-buat-buat-buat- ............
 ...

last-lastt..............
.JENG....... JENG ...JENG..............









siapppp!!

(keesokan hari)
aku bangun awal semangat nak hantar benda ni......
heheheeh
dannn.... kumpulan aku bertuah sebab dipanggil kedepan untuk present...
ok.... bla bla bla bla (start present)....






PROJECT 5

No comments:

Post a Comment